ARTIKEL
Apabila telah berumahtangga, tapi tetap melalui momen-momen jiwa yang kosong dan sunyi. Ini merupakan amaran kepada sesuatu perhubungan.
Pasangan yang saling mencintai dan menghargai satu sama lain, perlulah sentiasa ‘alert’ akan simtom jiwa yang kosong dan sunyi ini.
Ramai yang tidur sekatil masih terasa sunyi.
Meskipun makan sekali, tetap merasa sendiri.
Setiap hari bertentang mata, tetap masih terasa ‘kosong’ di jiwa.
Ini tidak pelik kerana komitmen mencari nafkah dan perkembangan kareer telah menjadi
‘top priority’ di dalam diri. Sesetengahnya pula hanya fokus kepada reputasi diri dan kareer di
media sosial yang akhirnya menjadikan keutamaan dan tanggungjawab kepada
keluarga jatuh ke tempat kedua.
Inilah penyebab kebanyakan pasangan merasa SUNYI, DIABAIKAN dan TIDAK DIHARGAI.
1. Tekanan kerja & keluarga – pasangan mula hilang minat & fokus kerana sibuk bekerja. Ramai yang melalui tekanan pengurusan keluarga & ‘parenting’ anak-anak kecil di rumah. Ini menyebabkan pasangan mulai renggang, kurang kasih sayang, dan tiada masa bersama. Tuntutan bekerja dan kareer yang sedang berkembang turut menambah ‘perisa’ kepada kurangnya komunikasi bersama.
2. Kurang ‘sharing’ bersama – ternyata, masih ramai pasangan yang masih malu dan berahsia dengan pasangan. Ada yang tidak bersedia untuk berkongsi rasa atau tidak cukup percaya/yakin kepada pasangan. Kurang berkongsi sesama pasangan ini mencetuskan rasa ‘terasing’, tidak cukup kenal dan tidak memahami.
3. Expectation yang tidak realistic – merasa kosong kerana merasakan keperluan diri tidak dipenuhi. Ada pasangan mengharapkan semua keperluan dipenuhi dan sempurna. Nyatanya, keperluan itu tidak dipenuhi kerana expectation yang tidak logic dan pelik.
4. Suka membanding rumahtangga dengan media sosial – membandingkan diri dengan yang lain mendatangkan penyakit kepada diri. Perlulah diingat, media sosial hanyalah alat ‘untuk show off mana yang disukai’. Hakikatnya, bukan semua khabar itu indah.
Makanya, jiwa yang kosong dan sunyi ini perlu dirawat. Rawatan yang utama adalah kesedaran ‘simtom penyakit’ yang melanda diri/jiwa. Seterusnya, rawatan yang tepat bagi penyakit jiwa ini.
Sedarlah, dalam rumahtangga, KOMUNIKASI yang baik & berkesan merupakan tunggak kepada keluarga yang bahagia.
ANDA BUNTU DENGAN PERMASALAHAN KOMUNIKASI RUMAHTANGGA?
HUBUNGI KAMI SEGERA DI:
IG: KamardanKelambu
IG: Syoknyakaunseling.official
IG: sarahzainalputeh
Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy