ARTIKEL

Pusat Pendidikan & Kaunseling Rumahtangga #1 Di Malaysia

Jenis-jenis Manja yang Disukai Para Suami

Telatah manja adalah suatu perihal yang subjektif. Manja ini selalu dikaitkan dengan wanita atau isteri. Tetapi jangan tertipu, suami juga pandai dan suka bermanja!

Meskipun manja dalam rumahtangga menambah rencah dan manis dalam perkahwinan, berlebihan kemanjaan mampu mendatangkan musibah. 

Hubungan yang sihat antara suami isteri adalah apabila keduanya memberikan ruang untuk bergurau, tidak terlalu serius & matang bertindak dan berbincang

Tahukah anda jenis-jenis sifat manja wanita yang disukai dan tidak disenangi oleh para suami?

1. Terlalu Manja

Hakikat sifat manja wanita ini adalah ‘comel’ di mata suami. Jika pada awal perkahwinan, suami mungkin suka akan sifat manja begini. Minta disuapkan makan, minta dibawa berjalan dan bercuti, minta dihadiahkan bunga, minta diangkat barang dan itu ini.

 

Tapi awas! Manja yang terlalu kerap & berlebihan membuatkan suami bosan. Suami merasa bebal & menyusahkannya kerana perlu melayan manja isteri yang terlalu kerap.

Maka, berpada-padalah! Jangan terlalu manja, kerana ini mampu menjadi sebab hubungan renggang atau putus!

2. Manja yang keanak-anakan

Sikap keanak-anakan ini adalah sinonim dengan wanita. Gelagatnya seakan mengada-ada dan mahukan tumpuan suami/pasangan. Apa yang pasti, sifat keanakan ini comel dan disukai oleh suami.

Karakter lain bagi wanita yang punyai sifat ini adalah ‘kecomelan’ yang tidak dibuat-buat atau spontan selain mempunyai naluri keibubapaan yang menyerlah.

Namun begitu, jika berlebihan pasti memakan diri. Anda perlu ingat, kanak-kanak bukan saja comel, tapi juga boros, tidak mampu fokus, tak boleh kawal emosi dan tiada arah tujuan hidup. Apa yang pasti, suami tidak suka keanakan yang memalukan dirinya di khalayak ramai.  

Kanak-kanak memang comel digayakan begini. Tapi jika wanita merengek dan ingin bergaya begini di tempat umum, apa pendapat anda?

3. Buat-buat Manja

Manja yang begini pula tidak digemari suami. Ia membuatkan anda tidak ‘nature’, sengaja dibuat-buat, berlebihan, dan mengada-ada. Suami akan cepat menyampah, bosan dan sakit hati sahaja.

 

4. Asyik-asyik Minta Dimanjakan

Suami ada ‘ego’ tersendiri. Mereka tidak kisah untuk memanjakan isteri kesayangan mereka. Namun, jika terlalu kerap sehingga mengganggu aktiviti dan fokus mereka, suami akan mudah rimas. Lagi-lagi bila mengadap isteri yang asyik mahu berkepit dan mahu dilayan selalu. Hilanglah kejantanan dan ‘macho’ suami!  

 

5. Manja yang Bertempat

Kemanjaan beginilah yang paling digemari oleh suami. Suami sukakan isteri yang boleh bermanja, boleh dibawa bergurau & tahu pada ketika mana dan waktu yang sesuai untuk bermanja. Jenis manja ini juga pastinya tahu memanjakan suaminya pada waktunya!

Manja dalam rumahtangga itu ibarat garam. Hadirnya membawa enak, lebihnya membawa binasa.  

Jadi, jenis manja yang manakah anda?

Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy