ARTIKEL
Memahami hak pergaulan suami dan isteri sangat penting bagi kebahagiaan pasangan
berumahtangga.
Realiti orang kita, ramai pasangan telah tersilap tafsir. Mereka hanya beranggapan perkahwinan adalah ‘tiket’ bagi menghalalkan persetubuhan dan pegang-pegang.
Lagi parah, masih ramai pasangan berfikiran kolot bahawa dengan berkahwin, suami atau isteri itu adalah hak mutlak milik mereka. Suami merasakan isteri perlu mengabdikan diri dan setia kepada suami semata-mata. Isteri pula beranggapan suami adalah segalanya, yang perlu dipatuh dan ‘dirujuk’ setiap masa.
Hakikatnya, hak pergaulan suami dan isteri ini BERSIFAT NEUTRAL dan DIKONGSI BERSAMA.
Tiada istilah siapa yang lebih atau kurang. Perkahwinan adalah satu badan untuk saling
memberi dan menerima. Makanya, hak pergaulan suami dan isteri adalah berasaskan toleransi, berkongsi rasa, dan diusahakan secara bersama-sama.
1. Hak untuk bersama bagi tuntutan seksual – masing-masing boleh menyentuh, bermesra, berpelukan dan bersetubuh/bersenggama bagi keperluan seksual
2. Hak bersama dalam kebaikan & mencegah kemungkaran – keperluan untuk saling menegur pasangan dan mengingati. Jika terlihat pasangan yang tidak/cuai solat, menjadi kewajipan kepada pasangannya dalam menegur dan memberikan nasihat.
3. Hak mendapatkan pergaulan yang baik dari pasangan – menjadi tuntutan melayani pasangan dengan baik dan adil. Setiap suami atau isteri berhak mendapat pergaulan yang baik seperti dikasihi, dihargai dan dijagai/dibelai dengan baik. Sesetengah pasangan menjadi mangsa pukul suami yang bertindak kasar, maka pasangannya berhak mendapatkan perlindungan dari pihak berautoriti (polis, medical dll).
4. Hak mendapatkan kemaafan – setiap pasangan mempunyai hak sosial untuk saling bermaafan, bersikap jujur dan saling mempercayai dengan pasangan masing-masing. Hilangnya hak ini, rumahtangga mula ‘dingin’ dan bergoyang kerana tiada rasa toleransi dan merendah diri.
Di dalam Islam, hak pergaulan suami dan isteri ini sangat diutamakan. Islam sangat menjaga tuntutan dan hak bagi suami mahupun isteri. Ini kerana suami/isteri adalah cerminan atau pakaian bagi pasangan yang lain. Islam menjaga hak nasab keturunan suami isteri dan memuliakan wanita dalam rumahtangga.
Islam turut meletakkan keutamaan rumahtangga Islam sebagai salah satu dari taman-taman syurga.
MERENDAHKAN & BERSIKAP SAMBIL LEWA kepada hak pergaulan suami dan isteri turut dikira sebagai melanggar perintah Allah dalam perkahwinan.
Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy