ARTIKEL

Pusat Pendidikan & Kaunseling Rumahtangga #1 Di Malaysia

8 Petanda Dingin Dalam Rumahtangga Petanda Pasangan Tak Bahagia

Setiap pasangan berkahwin menginginkan dirinya dikasihi, dicintai dan dihargai. Tiadanya elemen ini menyebabkan rumahtangga bermasalah. 

Dr. Fadhilah Kamsah, pakar motivasi rumahtangga dan keluarga bahagia yang sangat sinonim di Malaysia berkata, cinta dan kasih sayang di antara pasangan mudah dan akan pudar jika tidak disemai dan dibajai. Masa dan umur perkahwinan bukanlah penentunya, kerana dingin di dalam rumahtangga ini boleh berlaku kepada pasangan yang baru atau telah lama berkahwin.  Jika ini berterusan, kehadiran pasangan hanyalah sekadar rasa tanggungjawab dan simpati semata-mata. 

Jika perasaan ‘dingin’ kepada pasangan ini berlaku, ini petanda pasangan tak bahagia di dalam hubungan rumahtangganya. Rumahtangga akan terasa kosong, sunyi dan kehadiran diri kini terasa tidak dihargai.

PETANDA TAK BAHAGIA ADALAH SENTIASA RASA BEBAL & TERASA HATI TERHADAPA PASANGAN

Ketahui 8 Petanda Pasangan Tak Bahagia dengan Rumahtangga  

1. Ucapan Terima Kasih

Tiada lagi ucapan terima kasih di antara pasangan. Ini kerana semuanya terasa bebal di hati dan perasaan bersangka-sangka kini membuak. Ini terjadi kerana pasangan merasakan tindakan yang dilakukan hanya sekadar ‘show off’ belaka.

 

2. Tiada Lagi Perkongsian Bersama & Luahan Hati

Komunikasi kini sangat limited. Tiada lagi sharing bersama dan luahan hati. Jika Adapun, hanya sekadar memenuhi tanggungjawab demi keluarga, anak-anak dan keluarga besar.

 

3. Pasangan Tidur Pada Waktu Yang Berbeza

Pasangan mula ‘culas’ untuk masuk tidur bersama. Ada yang lebih ‘extreme’ mula tidur di bilik atau ruang berasingan. Perasaan terasa sangat bebal, kecewa, geram dengan pasangan sehingga tidak mampu melihat kelibat atau wajah pasangannya. 

TIDUR BERASINGAN TIDAK SEHARUSNYA BERLAKU KEPADA PASANGAN BERKAHWIN

4. Tiada Lagi Kata Rindu & Kiriman Mesej Cinta Bersama

Mesej di antara pasangan mula menjadi ‘formal’ dan hanya pada hal ‘urgent’ sahaja. Tiada lagi kata rindu, emoji cinta atau pujuk rayu di dalam mesej.

5. Tiada Lagi Kata Sayang Dalam Panggilan

Setelah sekian masa bersama, panggilan mula berubah. Panggilan sayang yang biasa digunakan mula berubah menjadi panggilan formal. Hilang sudah panggilan manja buat pasangan seperti abang, sayang, ayang dan anje. Mungkin kini diganti dengan saya, awak, kamu atau tiada panggilan khusus bila berkomunikasi. 

6. Tiada Lagi Ciuman Mesra di Malam Hari

Kerana tidur pada waktu dan tempat berbeza, tiada lagi pelukan, gurau dan ciuman mesra bersama. Semuanya terasa kosong, hambar, malah ‘menyakitkan’ mata sahaja.

7. Kini Fokus Kepada Kekurangan Bukan Kelebihan

Kini, setiap kekurangan atau silap mudah dijadikan bahan pertengkaran. Pasangan mula fokus kepada kelemahan pasangannya, tidak lagi kelebihan dan pengorbanan yang telah dilakukan selama ini.

 

8. Mula Bercerita Hal Pasangan Kepada Orang Luar

Apabila salah seorang pasangan mula bercerita hal rumahtangga dan pasangan pada orang luar, ini merupakan signal yang kuat petanda pasangan tak bahagia. Meskipun ‘orang luar’ itu adalah ibu, ayah, atau adik-beradik pasangan. Bertambah buruk kepada kawan-kawan yang berlainan jantina lebih parah.

Jika anda terkesan salah satu atau lebih petanda di atas telah wujud dalam rumahtangga, anda perlu bertindak segera.

Merawat hati yang terluka, yang bebal dan yang terasa tidak dihargai memerlukan seni dan formula yang betul.

Apa yang pasti, komunikasi berkesan, cinta yang perlu disemai dan perasaan yang terasa dihargai merupakan kunci kepada kejayaan keluarga dan pasangan yang bahagia. 

Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy