DASAR PRIVASI
Kamardankelambu menyedari kepentingan privasi. Data peribadi anda diperlakukan dan diambil serius oleh kami. Notis data peribadi dan privasi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan dan rakan niaga kami yang dihargai selaras dengan keperluan akta perlindungan data peribadi malaysia 2010.
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti maklumat peribadi yang anda sertakan kepada kami untuk tujuan pembelian produk dan penghantaran.
PENGUMPULAN DATA PERIBADI
“Data peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda seorang ejen atau pembeli, dari mana anda boleh dikenal pasti , tetapi tidak terhad kepada :-
· nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, maklumat perbankan , butiran kad kredit, bangsa, jantina, tarikh lahir, latar belakang pendidikan, latarbelakang kewangan, kepentingan peribadi, alamat e-mel, pekerjaan anda, jawatan anda dalam syarikat anda, butir-butir syarikat anda dan industri pekerjaan.
Apa-apa maklumat mengenai anda yang anda berikan kepada kamardankelambu dalam borang pendaftaran, borang pembelian atau borang yang serupabentuk dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh kamardankelambudari masa ke semasa dan termasuk data peribadi sensitif seperti data yang berkaitan dengan kesihatan, kepercayaan agama atau kepercayaan serupa.
Penyediaan dan pembekalan data peribadi telah diberikan oleh anda secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan kamardankelambu data peribadi anda, kamardankelambu tidak akan dapat memproses data peribadi anda untuk tujuan dan tujuan tambahan seperti yang disenaraikan dibawah;-
· Jika anda seorang ejen atau pembeli, penyediaan data peribadi anda adalah wajib dan kegagalan untuk memberikan data peribadi anda, mungkin melanggar peruntukan undang-undang atau peraturan kawal selia yang berkenaan, dan boleh menyebabkan kamardankelambu tidak dapat menyediakan produk kepada anda.
SUMBER DI MANA DATA PERIBADI BOLEH DIPEROLEHI
Selain daripada data peribadi yang anda berikan kepada kamardankelambu secara langsung, kamardankelambu mungkin mengutip data peribadi anda dari pelbagai sumber seperti: –
· Apabila anda mengisi borang permohonan atau borang pendaftaran atau borang yang serupa bentuk atau melalui surat menyurat
· Daripada media social seperti facebook, instgram dan tiktok
· Apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan kamardankelambudi dalam mana-mana acara atau aktiviti
· Apabila anda memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh kamardankelambudaripada pelbagai entiti atau bahagian di bawah kamardankelambu
- Maklumat peribadi anda juga boleh dikumpulkan daripada “cookies” yang digunakan pada laman web.
COOKIES
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ianya akan dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan laman web ini.
MAKLUMAT LOG
Apabila anda melayari laman web kamardankelambu, pelayan web kami akan merekodkan secara automatik maklumat yangdihantar oleh pelayar internet anda semasa melawat sesebuah laman web. Log pelayan ini akan merekodkan maklumat seperti permintaan web anda, alamat protokol internet, jenis dan bahasa pelayar web, tarikh dan masa bagi permintaan anda dan cookies yang bisa mengenal pasti pelayar internet anda.
PERLINDUNGAN DATA
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
TUJUAN PEMASARAN DAN PROMOSI
Kamardankelambu juga mungkin menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan lain seperti (“tujuan tambahan”) :-
Menghantar surat berita, berita terkini melalui emel, bahan promosi, tawaran istimewa, salam perayaan daripada kamardankelambuatau pengiklan;
· Untuk memberitahu dan menjemput anda kepada acara-acara atau aktiviti yang dianjurkan oleh kamardankelambu;
· Untuk memproses pendaftaran anda untuk menyertai atau menghadiri acara atau aktiviti dan untuk berkomunikasi dengan anda mengenai kehadiran anda di acara atau aktiviti tersebut;
· Melalui pos, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (sms), applikasi melalui whatsapp dan/atau melalui e-mel.
Jika anda tidak memberi persetujuan kepada kamardankelambu untuk memproses data peribadi anda untuk tujuan tambahan, sila maklumkan kami di kamardankelambu
KESELAMATAN STORAN
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web kamardankelambu kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui kemudahan khusus yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam laman web ini.
PAUTAN KE LAMAN WEB PIHAK KETIGA
Laman web mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa kamardankelambutidak bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga. Jika anda memberikan maklumat secara langsung ke laman-laman tersebut, dasar privasi dan terma-terma perkhidmatan pada laman-laman tersebut akan digunapakai dan kamardankelambutidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman-laman tersebut.
PERTANYAAN ATAU ADUAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau laman web ini, anda boleh menghubungi kami di talian whatsapp 018 252 7055 melalui seksyen hubungi yang disediakan dalam laman web ini. Waktu operasi ahad hingaa khamis, 9 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum.
PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN
Dengan berkomunikasi dengan kamardankelambu, menggunakan perkhidmatan kamardankelambu, pembelian produk daripada kamardankelambu atau melalui perhubungan dan penggajian anda dengan kamardankelambu, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami notis ini dan bersetuju dengan penggunaan, pemprosesan dan pemindahan data peribadi anda oleh kamardankelambu seperti yang dinyatakan dalam notis ini. Kamardankelambu mempunyai hak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma notis ini pada bila-bila dengan meletakkan notis yang telah dikemaskini pada laman web. Dengan terus berkomunikasi dengan kamardankelambu, membuat pembelian produk daripada kamardankelambu berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada notis ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada apa-apa pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan.