Kehadiran anak atau cahaya mata pastinya ditunggu oleh setiap pasangan.
Anak menjadi penguat & pelengkap kepada sesebuah perhubungan dan perkahwinan.
Realitinya, tidak ramai pasangan di luar sana yang bersedia atau tahu akan tatacara menguruskan masa bersama pasangan selepas kehadiran anak. Inilah menyebabkan masa bersama pasangan semakin tergugat, merenggang dan menimbulkan rasa jemu, bosan dan ketidakserasian, sekiranya pasangan gagal menyusun-atur dan meluangkan masa bersama pasangan.
Oleh yang demikian, setiap pasangan perlulah kreatif dalam membina dan mewujudkan seni-seni meluangkan masa bersama pasangan masing-masing.
Realiti pasangan yang baru berkahwin atau pasangan muda yang belum memiliki cahaya mata, mereka mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama pasangan. Makan malam berdua, ‘dating’ bersama di hujung minggu, atau aktif berhubungan senggama serta kekerapan komunikasi bersama tanpa gangguan mampu memekarkan cinta dan hangat dalam diri pasangan.
Namun, kehadiran anak pastinya melenyapkan semua ini. Fokus utama dan lebih masa terpaksa diarahkan kepada keperluan anak-anak yang makin membesar. Komunikasi pasangan kini terganggu dan psikologi rumahtangga pasangan kini mula membara dengan keletihan seharian.
Ingin tahu 5 bahasa cinta memikat hati pasangan?
Click di SINI: https://www.instagram.com/p/COHOfviFNYt/
Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy