KAUNSELING RUMAHTANGGA

Dapatkan bantuan kaunselor professional yang berdaftar dan berlesen secara selamat dan non-judgemental secara atas talian.

MENGAPA ANDA MESTI MEMILIH KAMI?

Kaunselor Yang Terlatih & Berdaftar

Setiap kaunselor kami adalah kaunselor yang profesional dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Harga Yang Murah & Berpatutan

Kami menawarkan harga per sesi kaunseling yang sangat berpatutan di Malaysia.

Mudah Dihubungi & Kerahsiaan Yang Dijamin

Anda tidak perlu keluar rumah, mengambil cuti atau menghadapi kesesakan lalu lintas untuk mendapatkan sesi kaunseling dengan kami.

Sesi Kaunseling Sebenar

Terdapat perbezaan besar diantara sesi kaunseling dan khidmat nasihat. Anda akan mendapat sesi kaunseling yang sebenar, bukan khidmat nasihat semata-mata.

KENALI KAUNSELOR KAMI

Puan Sarah ZainalPuteh

No lesen kbpa: 08714, 08318

Sarjana Muda Psikologi dengan
Pembangunan Sumber Manusia (UTM)

Sarjana Pendidikan Bimbingan & Kaunseling (UTM)

Cr Sarah ZainalPuteh adalah pengasas, kaunselor dan jurulatih utama di Kamar&Kelambu serta pusat kaunseling Syoknya Kaunseling. Beliau bertugas di Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru bagi menjalankan latihan professional kaunselor pada 2018-2019 sebagai kaunselor pelatih. 
Beliau berpengalaman membawa dan menguruskan sesi kaunseling rumahtangga islam yang meliputi isu dan konflik-konflik dalam rumahtangga – tanggungjawab, komunikasi, penderaan emosi, fizikal, seksual, perceraian, dan membaikpulih hubungan. Kini beliau giat menyediakan modul pendidikan rumahtangga islam bagi yang belum dan sudah berkahwin bagi rujukan dan kegunaan pasangan suami isteri Muslim.

Ustaz Ezuan
Ali

No lesen kbpa: 09052,08657

Diploma al-Quran wal-Qiraat Darul Quran JAKIM

Ijazah Sarjana Muda Qiraat Universiti al-Azhar Mesir

Ijazah Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (UTM)

Pengalaman melebihi 5 tahun sebagai Pegawai Khidmat Nasihat dan Kaunselor pekerja dan komuniti di Kulim Malaysia Berhad bermula dari tahun 2015 hingga kini. Di antara sesi kaunseling yang dijalankan adalah kaunseling keluarga, kerjaya, kaunseling remaja, kaunseling salah laku dalam pekerjaan dan kaunseling penyalahgunaan dadah. Walaubagaimanapun, kebanyakan kaunseling yang dijalankan adalah kaunseling keluarga. Beliau juga merupakan pakar rujuk oleh Jabatan Sumber Manusia Kulim Malaysia Berhad iaitu mengenai pelbagai isu kemasyarakatan terutama kekeluargaan. Selain itu, beliau aktif mengadakan ceramah motivasi dan merancang program yang berkaitan kerjaya dan kekeluargaan khasnya di syarikat tersebut.

Puan Nurul Hanis Hamzah

No lesen kbpa: 09219,08835

Diploma Bahasa Arab (KUIS)
Bac Bahasa Arab
Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling.

Berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai isu rumahtangga dan keluarga seperti penderaan emosi dan fizikal, tuntutan nafkah dan perlindungan serta pelbagai lagi isu sepanjang menjalani latihan profesional di Unit Pembangunan keluarga, Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru. Malah, mempunyai pengalaman juga dalam mengendalikan kaunseling pelajar dan kanak-kanak apabila pernah bertugas sebagai kaunselor pelatih di sekolah. Beliau juga terlibat dengan banyak kegiatan sosial seperti khidmat komuniti kepada golongan gelandangan dan asnaf. Terlibat dengan kaunseling secara formal apabila banyak mengendalikan isu-isu sejagat memandangkan perkhidmatan kaunseling semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Puan Siti Rafedah Abdul

No lesen kbpa: 08720,08324

Bac Sains serta Pendidikan Pengajian Islam UTM

Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling UTM

Beliau merupakan seorang Guru Agama di salah sebuah sekolah agama kerajaan Negeri Johor dan merupakan guru agama Johor yang pertama memiliki lesen kaunselor berdaftar. Selain menjalankn sesi kaunseling, beliau sangat aktif menjalankan sesi ceramah ke sekolah-sekolah agama kerajaan Johor, sekolah-sekolah kementerian dalam memberikan kesedaran berkaitan isu-isu kaunseling seperti kes anak luar nikah, perceraian, keibubapaan, akademik dan pelbagai lagi. Walaupun beliau masih mengajar, namun tetap melaksanakan perkhidmatan kunseling secara online dan offline dan memiliki klinik kaunseling persendirian. SK mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi bergabung tenaga menjadi Skuad Kaunselor Panel SK dan memberi servis terbaik kepada klien-klien SK.

Puan Athirah Amri

No lesen kbpa: 09326, 08945

Sarjana Muda Usuluddin (Dakwah & Pembangunan Insan) Universiti Malaya.


Sarjana Sains Kaunseling, Universiti Utara Malaysia

Beliau memulakan pengalaman latihan profesional kaunseling di sekolah. Sepanjang pengalaman menjadi kaunselor pelatih di sekolah, beliau banyak menjalankan sesi kaunseling yang membabitkan isu-isu yang berkaitan pembangunan diri remaja terutama dari segi membuat penyesuaian diri, membina keyakinan diri, akademik, hala tuju kerjaya, isu perhubungan Selain itu, beliau juga pernah melakukan latihan professional di Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru dan berpengalaman mengendalikan sesi kaunseling rumahtangga yang melibatkan isu-isu komunikasi, adaptasi peranan & tanggungjawab, corak perhubungan dan keganasan rumahtangga. Kini, beliau mengambil peluang untuk terus menimba pengalaman yang lebih meluas di SyokNya Kaunseling.

MAKLUMAN

TELE-KAUNSELING

Tele-Kaunseling adalah kaunseling melalui panggilan telefon

KAUNSELING BERSEMUKA

Hanya pilih ini jika anda boleh hadir ke bilik kaunseling kami di Skudai, Johor.

*Perkhidmatan kaunseling bersemuka ditutup sementara waktu*

TARIKH KAUNSELING

Tarikh sesi kaunseling akan diberikan selepas tempahan dilakukan dengan persetujuan bersama antara anda dan kaunselor

Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy