ARTIKEL

Pusat Pendidikan & Kaunseling Rumahtangga #1 Di Malaysia

Cabaran 5 Tahun Perkahwinan ~ Sweet Bulan Madu, Tapi...

Ramai beranggapan awal menempuh perkahwinan penuh dengan ‘sweet’ dan asyik. Namun, 5 tahun yang pertama ini juga pasangan suami dan isteri diuji dengan pelbagai konflik.

Tahun-tahun pertama perkahwinan, pasangan diuji dengan pelbagai konflik. Konflik rumahtangga melibatkan kekurangan duit, keluarga, diri, dan kehadiran anak.

Ketika inilah, pasangan mula merajuk, bermasam muka, meninggikan suara dan kecil hati.

Kerana inilah, orang tua-tua kita berpesan, 5 tahun pertama ini fasa yang paling susah dan kritikal. Jika berjaya diharungi, insyaAllah perjalanannya menjadi lebih mudah.

MENGAPA INI BERLAKU?

KENAPA TAHUN-TAHUN PERTAMA PERKAHWINAN SANGAT SUKAR?

1. Banyak fasa peralihan berlaku

Dulu bujang tapi kini hidup berdua. Segala keperluan diri dari hujung kepala hingga ke kaki perlu difikirkan secara bersama dan berpasangan. Malah melibatkan ‘extended circle’ yang baru seperti keluarga mertua dan kenalan pasangan kita. 

2. Penyesuaian terhadap peranan & tanggungjawab baru

Perlu memikul ‘topi-topi’ tanggungjawab seperti suami, isteri, menantu, ipar dan sebagainya. Jika tidak dilatih dan tidak belajar untuk memahami, ramai pasangan yang mudah berang dan lari dari tanggungjawab baru ini.

SEMAK DIRI ANDA & PASANGAN, ADAKAH CUKUP KENAL DENGAN PASANGAN?

Checklist Serasi Bersama:

1. Wujud boundaries terhadap diri & pasangan?
2. Satu pihak saja yang dominan & bersuara?
3. Kata sepakat sukar dicapai
4. Selalu rasa diri betul
5. Mudah marah & sentap

3. Mula mengenal diri pasangan dengan lebih dekat.

Tahun-tahun bercinta sebelum berkahwin tidak cukup untuk mengenal pasangan. Inilah hijab rumahtangga yang dipelihara oleh Allah swt. Di dalam Islam, apabila seseorang itu mula makan/minum, tinggal sekali dan berjalan/traveling bersama, akan terbukalah segala hijab diri.

Sama ada kelakuan yang baik atau kurang manis akan mula terserlah.

Di sinilah pentingnya kemahuan untuk bersabar, bertimbang rasa dan belajar memahami sebelum menegur. Pasangan anda tidak sempurna, begitu juga diri anda. Jika terus meletus dan marah, pasti ikatan yang mula terbina akan musnah. 

4. Kerjasama dan komitmen suami & isteri

Tahun-tahun pertama perkahwinan juga merupakan latihan bagi pasangan dalam pengurusan kendiri. Pengurusan kewangan keluarga, pembahagian kerja rumah, memahami perbezaan, pengurusan konflik, menguruskan expectation rumahtangga dan menetapkan boundaries perkahwinan merupakan cabaran yang perlu dihadapi.

Nyatanya, perkahwinan itu ‘sweet’ dan asyik, tapi didatangkan juga dengan 1001 tanggungjawab dan cabaran. 

BELAJARLAH MENGURUSKAN KOMUNIKASI DIRI & PASANGAN DENGAN BETUL

Makanya, pasangan suami & isteri perlulah MENETAPKAN MATLAMAT BERSAMA. Rumahtangga jenis apa yang diingini, perancangan masa depan seperti anak dan kewangan, serta kata sepakat dalam segala serba serbi pengurusan rumahtangga. 

Pepatah Inggeris ada berkata:

‘a great marriage is not when the ‘perfect couple’ comes together. It is when an imperfect couple LEARNS TO ENJOY THEIR DIFFERENCES”

– Dave Meurer

Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy