Expectation yang tidak realistik dan pelik perlulah dielakkan dalam rumahtangga. Ini kerana jangkaan yang melampau atau berlebihan pasti membawa kecewa kepada pasangan dan anda.
Hakikatnya, rumahtangga dan perkahwinan ini adalah penuh dengan duri dan pancaroba.
Oleh yang demikian, setiap pasangan, baik pasangan muda atau tua, mahupun mereka yang baru atau telah lama melayari perkahwinan seharusnya tahu seni-seni komunikasi, cara memikat hati pasangan & prospek permasalahan yang akan berlaku. Expectation yang tidak realistik seharusnya dielakkan dan dijauhi.
Dengan meletakkan kebarangkalian situasi yang berlaku sebagai ‘WORST SCENARIO’ akan lebih membantu anda menyelamatkan rumahtangga. Ini kerana kita akan belajar untuk lebih bersedia dan ‘matang’ untuk bertindak/respon.
Ibarat kita menyediakan payung sebelum hujan atau berusaha membaiki dahulu kapal yang rosak agar tidak bocor atau tenggelam di lautan.
Makanya, elakkan 8 expectation yang tidak realistik ini dari kehidupan anda!
1. Tiada langsung konflik yang akan berlaku dalam rumahtangga
2. Sentiasa mampu selesaikan konflik dengan sempurna, 100% masa itu juga
3. Perasaan anda tidak akan disakiti
4. Pasangan anda akan sentiasa berada dengan anda setiap kali anda perlukannya
5. Pasangan anda akan sentiasa beri ruang kepada and jika anda menjauhkan diri atau ‘melatah’
6. Pasangan anda akan nada idea/agenda yang sama dengan anda
7. Pasangan anda akan berfikiri dan bertingkah laku macam anda
8. Pasangan anda akan menghilangkan kesakitan atau penderitaan yang anda alami
Jauhi non-realistic expectation, buka minda anda & lapangkan dada dalam melayari kehidupan berumahtangga
Ingin tahu lebih lanjut 3 tips mudah untuk berkomunikasi bersama pasangan? Click di bawah:
Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy