ARTIKEL
Proses untuk kekalkan keintiman pasangan selepas ada anak pasti lebih mencabar. Anda dan pasangan kini disibukkan dengan keperluan anak kecil yang menuntut lebih perhatian dan masa.
Akibatnya, keintiman pasangan dan anda semakin berkurangan. Anda sibuk, letih, kurang masa berduaan, kurang fokus, dan gangguan rangsangan untuk bersama.
STOP! Jangan takut dan kecewa dengan kehadiran anak. Anak adalah penguat kasih sayang anda dan pasangan.
Anda hanya memerlukan sedikit adaptasi dan penyesuaian persekitaran rumahtangga dengan keadaan baru setelah ada anak.
Ketahui 5 Ciri Mengekalkan Keintiman Pasangan dengan ‘parenting’:
1. Zahirkan penghargaan – luahkan secara mutlak & nyata betapa anda menghargai pasangan. Hadiahkan sejambak bunga atau membantu menguruskan anak-anak pasti membuahkan bahagia di dalam diri si isteri/ibu yang keletihan di rumah.
2. Terima perbezaan – terimalah hakikat bahawa anda berdua tetap 2 jiwa yang berbeza walaupun selepas bergelar ‘parents’. Elakkan dari mencari siapa yang salah atau lebih baik. Anak adalah Amanah dari Tuhan buat anda berdua. Pasti kedua anda mahukan yang terbaik buat anak anda. Kekalkan keintiman pasangan dan kemesraan di antara anda merupakan KUNCI UTAMA KELUARGA BAHAGIA. Sekiranya anda bahagia, anak-anak akan membesar dalam persekitaran yang positif dan ceria.
3. Nyatakan keperluan anda – sentiasa peka dan ‘alert’ bahawa pasangan anda bukan seorang ‘mind reader’. Mereka tidak faham bahasa minda anda. Nyatakan apa kemahuan anda. Ketahuilah, hubungan yang sihat ialah apabila pasangan mampu menyatakan kehendak diri kepada pasangannya.
4. Dengar untuk memahami – belajar mendengar luahan pasangan untuk memahami. Kebanyakan pasangan bermasalah mengadu, pasangan mereka tidak mendengar dan jauh sekali cuba memahami kemelut dan masalah rumahtangga mereka. Oleh itu, binalah rasa empati/kasihan kepada pasangan. Belajarlah untuk mengambil berat dan memahami perasaan pasangan anda. Ingatlah, pasangan anda adalah cermin bagi diri anda untuk saling menguat dan menyokong.
5. Perbaharui maksud keintiman pasangan – fahamilah erti intim dan mesra anda bersama pasangan. Selepas ada anak, keintiman pasangan dan anda perlu disesuaikan dengan kehadiran anak. Keintiman tidak hanya pada hubungan seksual. Anda boleh melakukan aktiviti harian bersama, berpelukan, atau ber’dating’ bersama. Apa yang penting, bahasa tubuh, emosi dan fokus jiwa anda dan pasangan adalah ‘sequence’ dan selari.
Mengamalkan 5 perkara keintiman di atas akan membantu anda dan pasangan dalam menghidupkan jiwa walaupun selepas adanya anak. Anda dan pasangan tidak lagi merasakan diri ditinggalkan sendirian, tidak dihargai atau dilupakan.
Mahu lagi tips kebahagiaan rumah tangga?
Follow kami di Instagram KamardanKelambu.
Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy