ARTIKEL
Mudah untuk kita berbuat sesuatu ketika saat gembira. Tapi susah untuk melaksanakan tanggungjawab ketika saat kita sedih dan kecewa.
Apatah lagi apabila berdepan dengan hak bersama suami dan isteri yang hidup sebumbung dengan kita. Pasangan kita adalah individu yang paling mengenali kita. Oleh itu, kebiasaannya kita akan mengambil mudah dan sambil lewa dalam menunaikan hak pasangan kita.
Di dalam rumahtangga Muslim, melaksanakan tanggungjawab sebagai suami atau isteri bukanlah kerana pasangan semata-mata, TAPI KERANA ALLAH YANG SURUH.
Kewajipan menunaikan hak pasangan ini, khususnya hak bersama suami dan isteri mendatangkan kepentingan bersama dan umumnya kepada ummah.
Tidak menunaikan hak pasangan mampu mengetuk ruang-ruang kepada perkara maksiat & tidak syarak di dalam kehidupan dan rumahtangga kita.
Menunaikan hak ini melibatkan kesepakatan pihak yang memberi dan menerima. Terdapat 4 HAK PASANGAN SELEPAS BERKAHWIN (https://kamardankelambu.com/ketahui-hak-pergaulan-suami-dan-isteri/). Namun yang paling ketara ialah menunaikan hak bersama dalam tuntutan seksual.
Menurut sains dan kesihatan, air mani suami perlu dikeluarkan setiap 3 hari sekali. Ini penting bagi memastikan kestabilan emosi dan kesejahteraan alat kelamin suami.
Bagi wanita pula, hubungan seksual yang baik merangsang urutan di bahagian kelamin wanita yang mengelakkan dari gangguan fisiologi dan hormon yang berlebihan.
Situasi 1: Response pengguna mengatakan, “KAMI STILL HAPPY BERSAMA!”
Terdapat contoh masalah di dalam masyarakat yang pasangan suami dan isterinya tidak memenuhi tuntutan syarak ini.
Hakikatnya, ini merupakan red flag dan gangguan (https://kamardankelambu.com/awas-10-red-flag-tahun-pertama-perkahwinan/) di dalam kehidupan berumahtangga. Ia merupakan sesuatu yang pelik jika hak bersama suami dan isteri ini tidak ditunaikan.
SITUASI 2: Isteri yang lepas melahirkan mula tiada nafsu untuk menunaikan hak bersama suaminya.
Kita fahami fisiologi dan psikologi wanita selepas melahirkan sedikit ‘hay-wire’.
Namun begitu, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk membiarkan suami anda ‘kontang’ dan ‘tidak dilayan’.
Di akhirnya, menunaikan hak ini menjadi AMANAH yang setiap pasangan suami dan isteri harus tunaikan. Semoga dengan bertanggungjawab kepada hak kepada pasangan ini rumahtangga kita sentiasa dipayungi barakah dari Allah swt di setiap ketika.
Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy