ARTIKEL
Membina perasaan jatuh cinta berkali-kali terhadap pasangan itu tidak mudah. Ia rumit sekali, namun tidak mustahil. Momen jatuh cinta berkali-kali ini perlu dibina. Ia perlu kepada komitmen, motivasi yang tinggi dan formula yang tepat.
Ini penting kerana kebahagiaan kita terletak pada rasa sayang, hormat dan menghargai pasangan.
Di luar sana, kita tidak terkejut dengan banyaknya pasangan suami-isteri yang berpisah dan makan hati dengan pasangan. Ada yang telah 2 dekad bersama, namun tiba-tiba berpisah. Ada yang telah melepasi 5 tahun perkahwinan sudah mula bermasam muka. Tidak kurang juga yang ‘melekat ibarat belangkas’ seawal tahun awal perkahwinan mula merasa kecewa.
Namun, apa yang menyebabkan cinta dan perasaan mereka kian suram dan dingin kepada pasangan?
Adakah kerana faktor umur, ketidakserasian setelah suatu masa atau kecewa yang kian menggunung dari harapan yang tidak kesampaian?
Perkahwinan kini terasa hambar, tiada lagi keseronokan, tidak lagi rasa disayangi dan dihargai atau tiada lagi kehadiran yang dinanti-nanti.
Makanya, suami-isteri perlulah ada kesedaran untuk sama-sama berusaha menyantuni dan meraikan pasangan. Rasa jatuh cinta berkali-kali terhadap pasangan ini perlu dibina dan dimekarkan setiap masa.
KOMUNIKASI YANG BERKESAN (1), FOKUS &
RANGSANGAN YANG BETUL (2), dan MENGHARGAI PASANGAN (3) merupakan kunci kepada
semua ini.
Memekarkan perkahwinan ini penting kerana jiwa pasangan akan sentiasa ‘hidup’ dan bermakna. Tidak ketinggalan para suami dan isteri dalam memainkan peranan masing-masing dalam membina momen jatuh cinta berkali-kali terhadap pasangan.
Pesanan orang-orang tua kita, membina cinta yang baru itu mudah, namun mengekalkan rasa cinta itu
#pendidikanrumahtangga #rumahtanggabahagia
#keluargabahagia #marriagegoals
#membangunbahagia #relationshipgoals
#kaunselingrumahtangga #marriageeducation
Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy