Rahsia Kekal Bahagia Dalam Rumahtangga!

Memiliki perasaan cinta yang hangat membara seperti pasangan yang baru berkahwin pastinya sukar, lagi-lagi setelah sekian masa berumahtangga.

Tanggungjawab pasangan kini beralih kepada anak, pembinaan kareer, kewangan keluarga dan sebagainya. Kebanyakan pasangan yang telah lama berumahtangga pasti dilanda badai perasaan bosan terhadap pasangan, sepi, kecewa dan tak kurang juga ego dalam diri.

Menyemarakkan kembali rasa cinta di dalam diri terhadap pasangan amat penting untuk kekal bahagia. Ini 8 Rahsia Utama yang perlu anda tahu untuk kekal bahagia & positif bersama.

1. Manfaatkan amalan saling memaafkan – Nampak mudah bukan? Hakikatnya ego dalam diri seringkali menjadi musuh utama. Ingatlah kita tidak boleh meletakkan ‘high expectation’ kepada pasangan meskipun setelah bertahun-tahun bersama. Pasti ada yang kurang, dan lebihnya dalam diri pasangan. Makanya, belajarlah untuk MERENDAHKAN DIRI & melapangkan dada ketika bersama pasangan. Raikan diri anda dan ‘si dia’ dengan saling memaafkan.

2. Tanamkan Rasa Saling Jujur & Menghormati – kata pepatah ada berbunyi, ‘cheating is a choice, not a mistake!’. Ingatlah, pasangan anda merupakan individu yang telah melalui detik-detik sukar bersama dalam kehidupan anda, namun ‘si dia’ masih memilih untuk terus setia di sisi. Makanya, belajarlah untuk BERSYUKUR, saling ikhlas dan jujur serta menghormati pengorbanan pasangan yang telah dikorbankan untuk kekal bahagia bersama.

3. Ketawa bersama & bertukar cerita & pandangan bersama merupakan rahsia utama untuk anda amalkan bersama. Dengan berlapang dada, sentiasa ikhlas dan jujur kepada pasangan, pastinya anda tidak lokek untuk berkongsi rasa gembira dan cerita kepada pasangan. Ceritakanlah hari-hari yang telah anda lalui, duduk bersama menonton movie, minum kopi kegemaran, dan tataplah wajah pasangan anda setelah usai pulang dari bekerja. Ketahuilah, RASA DIHARGAI merupakan senjata yang paling ampuh dalam melembutkan jiwa pasangan dan rahsia untuk kekal bahagia bersama-sama.

8 perkara yang boleh dibincangkan bersama pasangan

 

Contoh perihal yang boleh dibincangkan bersama pasangan

4. Belajarlah untuk membuat keputusan bersama – ya, anda dan pasangan adalah dua watak dan jiwa yang berbeza. Namun, rumahtangga adalah platform latihan untuk belajar menerima dan memberi. Membina keluarga bersama-sama memerlukan pihak ‘GIVE & TAKE’. Jika ego dan penting diri dibiarkan bermaharajalela, pastinya tiada jalan untuk kekal positif dan bahagia bersama.

5. Menghargai hal-hal kecil nampak mudah dan tidak penting. Namun, ketahuilah ia merupakan ‘save bell’ anda dalam banyak perkara. Ucapan terima kasih, pelukan di pagi hari, senyum manis buat ‘si dia’, ingatan di hari-hari istimewa, hadiah atau mesej pendek bertanda emoji cinta di ‘whatsapp’ mampu menghangatkan rasa cinta dalam diri pasangan. Keyword di sini, anda dan pasangan rasa diri dihargai dan diingati!

Manfaatkan 'dating berdua' antara langkah untuk update diri & mekarkan cinta

 

Manfaatkan ‘dating berdua’ antara langkah untuk update diri & mekarkan cinta

6. Menyuburkan rasa cinta pasangan di dalam diri – merupakan hal yang dibuat setiap hari. Ingatlah, tanaman yang disiram dan dibelai setiap hari pastinya membuahkan hasil yang menguntungkan. Begitu juga jiwa pasangan yang dibelai setiap ketika. Hasilnya membawa bahagia dan merasai diri dicintai dan akan terus mencintai.  

7. Akhir sekali, jangan terlepas pandangan untuk memenuhi keperluan emosi dan seksual diri & pasangan. Belajar dan bincanglah bersama keperluan diri, lagi-lagi jika menginjak usia dan usia perkahwinan. Pelukan hangat dan keperluan seksual bersama perlu terus disuburkan di setiap ketika. Kerana setiap pasangan adalah unik, makanya kekerapan dan kehendak pastinya tidak sama. Maka, jangan dibandingkan pasangan dan keperluan anda dengan pasangan-pasangan yang lain.

Ketahuilah, membina bahagia tidak mudah dan mencapai kemuncak bahagia adalah setelah berusaha dan bersusah payah bersama-sama. Makanya, jangan berhenti dari terus belajar untuk bahagia bagi memastikan anda kekal bahagia bersama-sama.   

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Follow Instagram kami di KamardanKelambu atau terus ke Kaunselor Berdaftar kami di bawah:
https://www.instagram.com/p/B8QnjySnQkM/

Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy