ARTIKEL

Pusat Pendidikan & Kaunseling Rumahtangga #1 Di Malaysia

Awas 10 Red Flag Perkahwinan

Istilah ‘red flag’ perkahwinan membawa maksud ‘warning’. Kehadiran red flag pekahwinan ini memberikan energi negatif, ‘signal’ bahaya dan situasi tidak sihat kepada hubungan anda bersama pasangan.

Isu berkaitan komunikasi bersama dan penyesuaian diri merupakan perkara asas yang menjadi cabaran bagi kebanyakan pasangan muda di tahun-tahun pertama perkahwinan. Namun begitu, jika cabaran ini melibatkan 10 perkara yang berikut, anda perlu segera bertindak bagi menyelamatkan hubungan bersama pasangan anda.

cabaran tahun pertama perkahwinan

KENAL PASTI KEHADIRAN 10 RED FLAG PERKAHWINAN:

1. Ketagihan Pornografi

2. Penderaan fizikal & emosi

3. Kecenderungan pasangan kepada fitrah songsang

4. Pentingkan diri sendiri

5. Permasalahan berkaitan hubungan senggama/kelamin

6. Tiada rasa hormat

7. Terlalu bergantung kepada ‘parents’

8. Tidak intim kepada pasangan

9. Mengelak dari komunikasi & takut akan konflik

10. Expectation perkahwinan yang tidak realistik

Astro Awani ada melaporkan mengenai kesihatan mental rakyat Malaysia mengenai peningkatan dorongan pasangan kepada pornografi. Ketagihan pornografi ini lebih parah dari dadah. Pelbagai faktor wujud dek kerana; ketidakpuasan bersama pasangan, malu meluahkan, komunikasi yang gagal, ketagihan melampau dan persekitaran yang mengganggu konsentrasi hubungan kelamin bersama pasangan. Hasilnya, ia melahirkan pasangan suami/isteri yang ketagihan pornografi yang dirasakan lebih mampu memuaskan nafsu sendiri dari berhubungan kelamin bersama pasangan

Contoh lain, ada pasangan yang menyedari pasangannya lebih berminat kepada fitrah songsang. Ada suami yang rupanya lebih tertarik kepada lelaki dan hanya setelah berkahwin mengakui dirinya adalah ‘gay’.

Tidak kurang juga pasangan yang terlalu bergantung kepada ibubapa. Mereka takut untuk belajar berdikari setelah berkahwin. Lebih parah lagi, selepas berkahwin ada yang terus menunjukkan ‘true color’ kepada pasangan. Sikap pentingkan diri, tiada hormat, kurang intim kepada pasangan dan mulai ‘naik tangan’ dengan penderaan fizikal dan emosi merupakan red flag perkahwinan yang mengganggu perhubungan.

Red flag di awal tahun-tahun pertama perkahwinan perlulah segera dirawat dari membiarkan ia menjadi parah dan tidak dapat lagi diselamatkan.

Apa tindakan anda jika berhadapan dengan red flag perkahwinan sebegini?

SEGERALAH dapatkan bantuan kaunseling dari kaunselor bertauliah dan luahkan masalah anda.

 

HUBUNGI KAMI SEGERA BAGI SLOT KAUNSELING DARI KAUNSELOR BERTAULIAH

Click sini bagi capaian Iklan: https://www.instagram.com/p/Ca2Ql-DJy_j/

Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy