ARTIKEL

Pusat Pendidikan & Kaunseling Rumahtangga #1 Di Malaysia

Big NO & Cabaran Pasangan PJJ

Cabaran pasangan PJJ atau pasangan-jarak-jauh bagi pasangan yang berkahwin merupakan adat resam perkahwinan.

Banyak pasangan PJJ kerana tuntutan kerja, masih dalam proses penyesuaian diri atau sementara menunggu kelulusan bagi pertukaran persekitaran.

Perkahwinan jarak jauh ini tidak mudah. Suami dan isteri akan mabuk rindu, murung, dan gelisah kerana tidak dapat bersama. Hilang sudah nikmat sentuhan emosi dan fizikal, bahkan kekangan pula kepada keperluan seksual diri.

PJJ sememangnya menjadi isu utama bagi kebanyakan pasangan.

Kerana inilah, banyak kita dengar dewasa ini, pasangan muda di abad ini yang ‘terlebih kreatif’ dalam melempiaskan nafsu dan keperluan tuntutan mereka.

Namun, kita seharusnya beringat bahawa sebenarnya terdapat BIG NO RULES BAGI PASANGAN YANG PJJ adalah melibatkan berikut;

1. NO PHONE SEX

2. NO FLIRTING

3. NO TONTONAN PORNOGRAFI BERSAMA

4. NO SEXUAL VIDEO CALL BERPAKAIAN SEKSI

5. NO ONANI/MELANCAP SECARA BERASINGAN

Kita akui, ujian pasangan yang PJJ memang perit. Namun, sebagai pasangan Muslim yang selayaknya mempunyai kekuatan rohani dan spiritual, kunci kepada kejayaan pasangan PJJ ini adalah dorongan BERSABAR & BERTAHAN.

 

3 KUNCI UTAMA BAGI PASANGAN PJJ:

1. Kepercayaan kepada pasangan semasa PJJ

2. Kekuatan mental yang kuat

3. Kesabaran diri yang tinggi atas ujian PJJ dan perasaan

Setiap ujian pasti akan berakhir, dan pasangan yang berkahwin pasti akan bersama semula. Apa yang membezakan hanyalah masa.   

Big no pasangan PJJ ini perlulah diusahakan dan dipraktikkan bagi menjauhi musibah yang lebih besar. Banyak kes yang dikumpulkan melibatkan perlanggaran BIG NO pasangan PJJ akhirnya membawa kepada curang atau skandal, mendekati pelacuran, ketagihan pornografi dan sebaran privasi suami dan isteri yang disalahgunakan kepada tontonan public.

Kemusnahan rumahtangga jika BIG NO pasangan PJJ dilanggari Kemusnahan rumahtangga jika BIG NO RULES pasangan PJJ dilanggari

Oleh itu, big no pasangan PJJ ini perlulah diusahakan untuk ditepati. Bahkan pasangan PJJ boleh berusaha dengan alternatif lain seperti kekerapan berjumpa atau pulang kepada pasangan mahupun kesabaran iman dalam meneruskan kehidupan sebagai pasangan yang PJJ.

Hakikatnya, PJJ ini mampu mencipta momen-momen indah dengan pasangan jika pandai diuruskan. Kesusahan dan kesabaran yang telah dilalui bersama seharusnya mampu menjadi benteng penguat kepada kasih sayang dan ketahan rumahtangga yang dilalui bersama-sama.

Semoga rumahtangga anda dan kita semua dirahmati Tuhan selalu!

Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy