ARTIKEL

Pusat Pendidikan & Kaunseling Rumahtangga #1 Di Malaysia

Ketagihan Pornografi Dalam Perkahwinan

Memang tidak dinafikan, kita akan sangat sedih, kecewa, emosi kita cedera dan ‘down’ apabila mendapat tahu pasangan kita ketagihan menonton pornografi.

Bagi isteri, jika suaminya yang ketagihan menonton pornografi, tinggi peratusan menyalahkan diri kerana tidak mampu membahagiakan suami.

Bagi suami pula, jika isterinya tertangkap mengalami ketagihan ini, ia merupakan sesuatu yang menjelakkan kerana beranggapan isteri berlebihan dalam imaginasi sendiri.

Hakikatnya, ketagihan ini merupakan AKTIVITI YANG TIDAK SIHAT. Ia merupakan 'red flag' dan gangguan di dalam sesebuah perkahwinan.

Dari sudut sains, mengalami ketagihan pronografi ini akan mengubah fungsi otak manusia dengan merembeskan bahan kimia yang akhirnya mendatangkan pelbagai masalah di kemudian hari.

Di dalam Islam, menonton pornografi adalah haram. Ini kerana haram hukumnya bagi seseorang Muslim melihat aurat saudaranya yang lain. Di dalam konteks ini, haram menonton aktiviti pornografi model/pasangan yang dipertontonkan sama ada dalam bentuk ‘soft’ mahupun ‘hard’ porn. 

Secara ilmiah, ketagihan ini telah banyak dibincangkan dalam jurnal-jurnal kesihatan, motivasi dan kaunseling rumahtangga. Rata berpendapat terdapat 8 kesan utama ketagihan ini iaitu;

·        Kemurungan & ‘anxiety’

·        Masalah konsentrasi

·        Brain fog

·        Tiada motivasi harian

·        Bermasalah dalam ereksi & ejakulasi

·        Masalah untuk bersosial

·        Kurang keyakinan diri

·        Mula baran & gelisah

Respon salah seorang isteri di page IG KamardanKelambu berkaitan suaminya ketagihan pornografi

Isu ini juga mampu menjadi lebih parah apabila melibatkan perkahwinan dan pasangan. Respon pengguna wanita KamardanKelambu mengatakan mereka bermasalah dengan suami. Suami yang ketagihan tidak menyentuh mereka, dan sesetengahnya mengalami hubungan seksual/senggama tidak kerap & tidak puas. 

Respon dari pengguna lelaki pula dapatlah disimpulkan kepada 2 kumpulan;

1. Isteri jangan cepat melatah, meskipun sedih & kecewa. Gagal suami dalam menahan dari menonton tidak bermaksud suami gagal dalam tanggungjawabnya yang lain.

2. Isterilah penyebab kepada ketagihan ini berlaku. 

TIPS MERAWAT KETAGIHAN PORNOGRAFI

1. INGATI MATI untuk tidak mahu mati dalam keadaan berbuat dosa

2. Ingatlah ALLAH MELIHAT SEMUA gerak-geri kita

3. Berubahlah DEMI HUBUNGAN PASANGAN yang lebih sihat

4. Berazam menjadi suami/isteri yang BERAKHLAK MULIA kpd pasangan

5. Fikirkan KEBERKATAN HIDUP yang akan Allah titipkan  

6. BERKOMUNIKASILAH & kongsi masalah dan ketidakpuasan dengan pasangan

Jika dibiarkan, ketagihan ini menjadi barah & gangguan di dalam hubungan seksual & rumahtangga di antara suami dan isteri.

Makanya, mahu atau tidak, setiap pasangan suami dan isteri perlulah berusaha untuk memperbaiki diri. 

Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy