ARTIKEL
Umum mengetahui PJJ atau perkahwinan jarak jauh ini sangat mencabar. Musuh utama bagi hubungan pasangan pjj ialah jarak dan masa.
Kehadiran unsur PJJ dalam sesuatu perhubungan di antara suami dan isteri membataskan 3 keperluan tersebut secara sekaligus.
Oleh yang demikian, ramai yang terus memukul secara pukal bahawa hubungan pasangan PJJ pasti gagal. Ada yang terus ‘give up’ untuk mencuba. Ramai juga yang terus menghukum secara negative. Malah, ramai pasangan muda di luar sana khususnya yang baru berkahwin terus ‘reject’ mentah-mentah dan takut seolah segalanya akan berakhir.
Hakikat yang perlu kita sedari ialah;
1. Setiap pasangan akan melalui PJJ sekurang-kurangnya sekali dalam perkahwinan. Ini kerana kehidupan ada naik turunnya. Memperbaiki status kehidupan kadang-kala memerlukan pengorbanan pasangan dengan melalui hubungan PJJ.
2. Hubungan PJJ bukanlah petanda segalanya berakhir. Ramai yang telah melaluinya dan berjaya mengharunginya. Pokoknya ialah sabar dan ikhlas melalui fasa PJJ ini.
3. Cabaran hubungan PJJ menguji kekuatan diri (emosi & mental) serta kesetiaan pasangan untuk menempuh tahun-tahun mendatang.
Namun begitu, pasang turun hubungan pasangan PJJ memerlukan 4 perkara yang berikut anda ketahui untuk menjayakan hubungan PJJ ini;
1. Say No to Sexy Dressing Thru Online
2. Berusaha Menahan Diri & Nafsu
Pasangan yang sedang PJJ juga disarankan tidak melakukan yang berikut;
i. Tidak menonton drama/movie ghairah dan mengasyikkan. Dibimbangi mampu ‘trigger’ keinginan diri dan membawa kepada melaram
ii. Menjaga kelakuan dan pergaulan di tempat kerja. Ibarat singa yang kelaparan, jika diberikan daging pasti akan dibahamnya. Maka, elakkan dari terjerumus ke lembah dengan menjauhinya.
3. Communication as Top Priority
4. Matlamat yang Jelas ‘Why PJJ at the First Place?’
Tanamkan niat dan matlamat yang betul sebelum melakukan apapun. Inilah ajaran Islam & Rasul kepada Muslim.
Sebagai pasangan Muslim yang beriman, berjaya menahan nafsu dan bersabar ini adalah pahala dan barakoh di sisi Allah. Pasti ujian tidak mudah kerana syaitan sentiasa mencucuk peluang.
PJJ ini melatih kita lebih sabar, kuat menahan ujian, termotivasi untuk terus berusaha sebaik mungkin dan terus-terusan bertawakkal kepada Allah.
Di akhirnya, yakinilah rezeki setiap pasangan itu berbeza. Ada yang lama mengharungi PJJ, ada yang sekejap. Namun apa yang pasti, pengorbanan kita dan pasangan dalam hubungan PJJ ini pasti tidak sia-sia.
Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy