ARTIKEL

Pusat Pendidikan & Kaunseling Rumahtangga #1 Di Malaysia

Kenali 4 Fasa Penting dalam Perkahwinan

Hubungan kekeluargaan yang mesra dan harmoni merupakan satu rahmat dari Allah.

 

Pun begitu, membentuk hubungan kekeluargaan yang sihat ini tidaklah mudah. Ia memerlukan komitmen dan motivasi tinggi, hala tuju bersama, dan pengorbanan dalam pelbagai bentuk. 

Tahukah anda, kebanyakan pasangan berdepan dengan KRISIS PADA SETIAP FASA rumahtangga? Ada 4 FASA penting dalam kehidupan berumahtangga.

FASA 1: PASANGAN MUDA KURANG 5 TAHUN PERKAHWINAN

Biasanya berhadapan dengan psikologi rumahtangga dalam isu-isu penyesuaian diri, proses
kenal pasangan, dan komunikasi bersama
untuk pecahkan ‘barrier’ diri sebelum berkahwin.

 

Pasangan muda perlu banyak belajar menerima dan memberi. Belajar untuk bersifat terbuka
menerima teguran, cuba memahami kekurangan diri & pasangan, tidak pentingkan diri, dan berkongsi rasa & matlamat hidup bersama pasangan. Gagal dalam semua ini akan membawa kepada merudumnya
hubungan kekeluargaan khususnya bersama pasangan yang baru dikahwini.

Fasa awal berkahwin, diuji dengan kesempitan & kekurangan serta krisis penyesuaian diri

Mengeratkan hubungan kekeluargaan lebih mudah dengan memahami fasa-fasa kehidupan dalam rumahtangga. Ini membantu anda bersedia dan menghadapi setiap fasa ini dengan lebih ‘prepare’ dan ‘nature’. 

FASA 2: PASANGAN DI 5-10 TAHUN KEDUA

Mula sibuk bekerja & bergelut dengan anak kecil yang makin membesar. Energi & fokus pasangan terarah kepada anak-anak dan perkembangan kareer yang mula naik. 


Jika pasangan tidak ‘sequence’ dan sekepala dalam merancang, pasangan akan mula membanding dan berkira. Satu pihak, biasanya isteri akan merasa diabaikan dan ditinggalkan seorang diri menguruskan anak-anak dan rumah. Pertengkaran kecil akan mula dekat.

Nilaikan diri & pasangan anda, di mana hubungan sihat dalam keluarga & rumahtangga anda?

FASA 3: PASANGAN ‘PERAK’ DI 10-15 TAHUN

Ketika ini biasanya rumahtangga mula diuji dengan kewangan dan kareer yang stabil. Ada juga pasangan yang mula diuji dengan kewangan yang merudum. Tapi kebanyakannya mula ‘senang’ dan selesa dengan kehidupan.

 

Jika tidak dipupuk rasa kasih dan cinta kepada pasangan, di momen inilah pasangan mulai beralih arah. Mereka mula mendapatkan ‘circle’ baru, mencuba hobi atau benda baru. Contohnya, mula minat aktiviti memancing, ada juga suka hiking atau pemotoran, tidak kurang juga cuba berbisnes dan ‘traveling’.

 

Jika hubungan kekeluargaan longgar bersama pasangan, pasangan akan mula melihat kepada yang lain. Fasa ini menyaksikan banyak sekali pasangan mula berpaling tadah. Mula membuka channel baru dengan beristeri baru, curang, mula ‘nakal’ dan memasang ‘affair’. 

FASA 4: PASANGAN ORANG LAMA >25 TAHUN BERSAMA

Mula berhadapan dengan faktor kesihatan dan penyakit yang mula menjengah. Jika tidak, ramai mengadu mula ‘boring’ dengan pasangan. Anggapan pasangan sudah lama kenal dan tiada lagi perkara yang ingin dikongsikan bersama.

 

Hubungan kekeluargaan antara pasangan mulai renggang, cinta mula layu, lebih banyak berdiam, dan tiada lagi komunikasi bersama. Mula kerap terasa hati dan bermasam muka. Kini, pasangan hanyalah lebih kepada ada menemani, tapi tidak lagi memahami.

Rawatan kepada fasa-fasa ini adalah MENYUBURKAN PERKAHWINAN & CINTA ANTARA PASANGAN

Membina hubungan kekeluargaan dan cinta pasangan tidak mudah, namun jika tidak berhati-hati dengan krisis di setiap fasa ini, akan mampu meruntuhkan hubungan dalam sekelip mata. 

INI LANGKAH MUDAH UNTUK SEGARKAN RUMAHTANGGA
PERLUKAN KHIDMAT KAUNSELING DAN BANTUAN? HUBUNGI KAMI SEGERA SEPERTI TERTERA

Dimiliki oleh Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy