ARTIKEL
Telatah manja adalah suatu perihal yang subjektif. Manja ini selalu dikaitkan dengan wanita atau isteri. Tetapi jangan tertipu, suami juga pandai dan suka bermanja!
Meskipun manja dalam rumahtangga menambah rencah dan manis dalam perkahwinan, berlebihan kemanjaan mampu mendatangkan musibah.
Tahukah anda jenis-jenis sifat manja wanita yang disukai dan tidak disenangi oleh para suami?
1. Terlalu Manja
Hakikat sifat manja wanita ini adalah ‘comel’ di mata suami. Jika pada awal perkahwinan, suami mungkin suka akan sifat manja begini. Minta disuapkan makan, minta dibawa berjalan dan bercuti, minta dihadiahkan bunga, minta diangkat barang dan itu ini.
Maka, berpada-padalah! Jangan terlalu manja, kerana ini mampu menjadi sebab hubungan renggang atau putus!
2. Manja yang keanak-anakan
Sikap keanak-anakan ini adalah sinonim dengan wanita. Gelagatnya seakan mengada-ada dan mahukan tumpuan suami/pasangan. Apa yang pasti, sifat keanakan ini comel dan disukai oleh suami.
Karakter lain bagi wanita yang punyai sifat ini adalah ‘kecomelan’ yang tidak dibuat-buat atau spontan selain mempunyai naluri keibubapaan yang menyerlah.
Namun begitu, jika berlebihan pasti memakan diri. Anda perlu ingat, kanak-kanak bukan saja comel, tapi juga boros, tidak mampu fokus, tak boleh kawal emosi dan tiada arah tujuan hidup. Apa yang pasti, suami tidak suka keanakan yang memalukan dirinya di khalayak ramai.
3. Buat-buat Manja
Manja yang begini pula tidak digemari suami. Ia membuatkan anda tidak ‘nature’, sengaja dibuat-buat, berlebihan, dan mengada-ada. Suami akan cepat menyampah, bosan dan sakit hati sahaja.
4. Asyik-asyik Minta Dimanjakan
Suami ada ‘ego’ tersendiri. Mereka tidak kisah untuk memanjakan isteri kesayangan mereka. Namun, jika terlalu kerap sehingga mengganggu aktiviti dan fokus mereka, suami akan mudah rimas. Lagi-lagi bila mengadap isteri yang asyik mahu berkepit dan mahu dilayan selalu. Hilanglah kejantanan dan ‘macho’ suami!
Jadi, jenis manja yang manakah anda?